Thursday, September 1, 2011
RayaRayaRaya 2011
Monday, August 8, 2011
Sensei Journal : Tanda Kepala
hari ni terhantuk kepala kat meja time nak sambung wayar LCD kat CPU balik.
dalam makmal komputer.
dengan budak ramai.
and cikgu lelaki dua tiga orang.
ok. memang MALUU.
tapi muka maintain stone wat bodoo jek.
balik bukak hijab,
toingg!
merah tengah2 dahi, betul2 bawah line rambut.
merah.
bertanda.
ok. sakit. sakit berdenyut-denyut letak minyak gamat ni.
(T-T)
Monday, May 16, 2011
What time is it? 2AM!!!!!!!!!!
*screammmmmm!!!!!
ok, i'm going to 2AM showcase on 21st of May.
*screammmmmmm againnn!!!!!
totally looking forward to it, though i'm supposed to be thinking about my finals, and my papers,
yea yea yea.
and yes, i've got 4 paper straight after that weekend,and i haven't study a thing.
* horror screammmm!!!
can't wait to see jo kwon, seulong oppa, changmin oppa, and jiwonnie.
though rite know i'm kinda hating my friend that supposed to go with me to the concert,
and it's ruining my mood for a bit.
yea yea yea, go climb your mountain, it's not like i'm forcing you to go with me!
stop making me feel like it,
and i wish you got a very large pimple inside your nose that will hurt like crazy!
gae-tong!
argh, i really hate him right now,
got to gulp down a lagre cup of milo ais first
Take care,
Love,
Monday, April 25, 2011
Niat Baik dan Lubang
24/4/2011
11.40 p.m
Selesai buat assignment walau dah terdelete separuh petang tadi
*letih letih
'waa, kena gosok semua baju untuk minggu ni gak, hari-hari ade kelas t malas',
*mood blurr blurr blank.
jumpa shawl yellow Anah the King yang merupakan fav aku ,
die baru pakai skali ,aku dah rembat pinjam tiga kali,
*shawl teruk kedut-kedut
"emm, kena gosok ni, baru la elok sikit nak pulang kat Anah the King, sejuk sikit hati die.kikiki',
*gosok gosok tiga pasang baju
seterika terbakar. wayar die la.kuar asap-asap.demn. sudah.
'anah, pinjam seterika ko yek?,'
"ok,amekla~,"
giliran gosok shawl yellow Anah the King.
*gosok-gosok
elok.
*gosok gosok
BURN! BERLUBANG!
"aainggg!..ANAHH, SORRYY!! aku terlubangkan tudung ko.....(TT-TT)
memang tarikh ini hari malang aku.
letih.
Sunday, April 24, 2011
Assignment dan Menangis
siap dah assignmnet!
edit edit edit..
tekan nak tutup fail lain,
mamai-mamai pening,
tertekan tutup fail assignment,
"you want to save?'
'no'
tekan dengan cepat.
alamak!
tu assignment yang dah siap tapi tak save lagi.
panik.
terbeliak mata.
hentak-hentak meja.
checking-checking,
jeritt...
teleku kepala kat atas meja,
checking checking lagi,
masih takde,
tarik rambut kat kepala,
merungut-rungut,
keluar air mata sikit.
roomate bangun, rasa kesian, tapi tak tahu nak buat ape,
tanya,
'ko nak pesan makan ape Gain, aku nak g beli makan...,"
dah tak tahu nak makan ape, main pesan je,
roomate keluar bilik.
termenung sekejap ngadap komputer,
.........................................
tiit tiiiit tiiiiiiiiiTT.
meraung menangis tersedu-sedu.
waaaaaaaa.
*reason yang aku rasa sedih sangat asignment dah siap tu hilang sebab aq dah berangan dah malam tu leh layan citer korea sbb keje dah abes.alih-alih........hampeh.
Friday, April 22, 2011
Ratu Air Mata!
Tiga benda dalam movie/drama/novel/cerita yang memang takkan fail buat aku menangis same ada mengalir perlahan-lahan cam tahan sikit,
atau yang plain sedu-sedu sebab sedih atau terharu sangat,
iaitu bila ade :
1. kisah ibu bapa/orang tua. memang feeeel habis. mak ayah yang anak tak peduli, anak yang cari mak ayah, kisah cinta orang tua-tua yang kesunyian atau tak kesampaian. kasih mak, kasih ayah..memang konfem leleh
2. Pet (haiwan peliharaan) and terutama bila anjing and kucing and harimau/singa. kalau ikan cuma dolfin ngan paus je ade feel suam-suam kuku, yang lain tak brape sangat la.
3. Kematian watak. Tak tahu kenapa aku memang dari kecik payah nak deal dengan kematian. Rasa lost dalam movie pun leh wat hati aku rasa berlubang kosong 2,3 hari.
Senang cerita, walau muka aku nampak garang ade la macam tara-tara singa,
aku lah yang paling kuat cepat nangis.
tengok movie pun boleh nangis2,
pastu hidung jadi meerah, mata bengkak, selsema,
dan pening.
Hahaha.
Hijab dan Perubahan
Pemakaian hijab adalah satu point yang sangat besar dalam hidup seorang perempuan.
Terutama pada wanita yang pada asalnya free hair,
kebanyakannya bukan mak ayah tak tegur, tapi mungkin lebih mengamalkan dasar tiada paksaan.
Dan keputusan untuk terus memakai hijab sepenuh masa atas dasar kesedaran dan kerelaan sendiri,
nikmat kesyukuran pada hidayah yang Allah s.w.t sampaikan ke dalam hati kita,
peerrrgghh memang sangat sweet dan melapangkan.
Dan hari ini aku dapat berita yang adik sedara aku ambil keputusan memakai hijab sepenuh masa,
dan bermula hari ini sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.
Rasa syukur pada nikmat hidayah Allah s.w.t tu sehingga sampai terase sangat dalam hati aku.
Syukur padamu Ya Allah..
Aku pun pada asalnya free hair, sehingga ke tingkatan 5 masih lagi hijab itu dipakai di sekolah dan bila perlu sahaja.
Tapi takdir Allah s.w.t yang jadikan aku seorang guru,
terbuka hati nak memakai hijab,
kerana pada aku, aku adalah seorang guru yang PERLU bentuk diri supaya boleh dilihat sebagai contoh.
Dan menjadi GURU itu memerlukan aku berubah, walau sekarang pada kadar yang sedikit dan perlahan.
Dan hari ini aku bersyukur yang amat kerana berhijab pada zaman di mana wanita dan maruah amat payah nak ditentukan masih ada atau tidak.
Ade geng shopping shawl n tudung pasni =)
Thursday, March 17, 2011
Sumpah Tak Logik!
Sesi perjumpaan antara mama dan makcik aku selalunya diisi dengan diskusi mengenai episod terbaru sinetron-sinetron seperti
kejora dan bintang,
cahaya,
mashanda,
dan yang cerita-cerita yang sewaktu dengannya.
yela, berkongsi melepaskan geram tensen tengok cerita indon yang saje dipanjang-panjang sampai tak logik.
sinetron indonesia = punca ibu-ibu dan surirumah mencarut di depan tv setiap hari.
tengah-tengah sesi diskusi tu, satu point yang makcik aku cite yang wat aku gelak kaw-kaw tak leh lupa. makcik aku kata,
" bayangkan lah, yang bapak die tu, waktu kena pukul tu, kena pukul kat tengah belakang sampai terjatuh, bila operate die tebuk kat kepala, abes operate kepala berbungkus, tapi badan pula yang lumpuh. Tak logik betol fikir,"
kadang-kadang production crew ni pun lupa,
walau target audience dorg hanya suri rumah,
tapi buat la cerita yang cerdik sikit.
Ni sampai punya la jauh macam tu tak logik nak buat cerita.
Sebab tu la aku tak suka tengok cerita indon.
Wednesday, March 16, 2011
OMG I'm a Teacher!
tajuk aku memang berbaur gedik,
serious aku pun geli meremang baca.
Soo not me.
ok, gedik lagi.
Minggu depan start praktikum 1,
maknanya kali pertama aku akan ke sekolah sebagai guru pelatih,
dan mengajar dalam kelas.
dalam 2 ke 4 jam seminggu ke sehari, aku pun tak pasti.
ye, mengajar.
Sunday, February 13, 2011
Talking Photo
Duit makan aku tiga hari.Pembohongan Manis

Sweet Lie.
movie korea lama yang aku baru dapat layan lepas dapat daripada Jimah time cuti CNY ritu.
Kata Jimah movie ini tak best,
aku faham, kerana memang tidak sedap melihat cerita yang mana heroinnya meninggalkan lelaki yang hensem, baik, manner, kaya dan cool untuk watak lelaki yang pada awal serabai dahsyat, tapi hanya hensem di akhir cerita.
Ye, memang tidak sedap melihat kerana tidak realistik.
Tapi aku suka cerita ni.
Mengingatkan aku pada zaman sekolah, dan juga 'crush' waktu kanak-kanak n remaja muda.
sekarang dah jadi remaja tua.
walau aku leh relate dengan karakter prempuan tu,
tapi aku tak pernah suka/ ade 'crush' kat orang lama2,
semusim sahaja,
suka suka suka sangat sangat sangat, sampai rumate aku pun pening,
pastu lupa dah, takde feeling dah.
kejam gila.
gila kentang.
haha.=D
Wednesday, February 9, 2011
Tertinggal Mulut
Sejak 2,3 minggu ni,
aku rasa makin hari makin malas nak bercakap,
malas nak bercakap dengan orang lama-lama,
malas rasa nak berborak untuk beramah-tamah.
Rasa hanya nak senyum dan jadi pendengar,
sebab rasa macam penat nak bercakap.
Sedangkan silence dengan orang yang tak berapa rapat or kenal sangat akan buat aku rasa awkward seperti masuk ke dalam bilik yang salah tengah orang meeting.
mungkin aku tertinggal mulut aku kat mana-mana.
Aku yang rajin borak pun orang cop sombong, inikan lagi aku yang malas cakap.
Takpe.
Lebih baik diam dari berkata yang sia-sia.
Jimat pahala sikit, tak yah top up dosa.
Tuesday, February 8, 2011
Sombong Poyo
akhir-akhir ini berubah selera dan pendirian,
aku malas dah nak layan kawan-kawan yang hanya mencari bila kebosanan dan kesusahan,
tapi hilang bawak diri bila senang dan kita dalam kesunyian dan kesusahan.
Kadang-kadang kurang kawan-kawan juga boleh menghindarkan kita dari perbuatan keji dan mungkarr.
