Showing posts with label carutan. Show all posts
Showing posts with label carutan. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Deugeun deugeun~!

aigooo aigooo~

every time i see you,

you still take my breath away.

but i can only look you from a far,

and you don't even know that i exist.

you remind me of a character straight out from a manga,or even a korean drama.

and yet,

i'm fully aware that you're just a fantasy,

too far from my reality,

and we are totally not meant to be.

aigooo aigooo~

what the hell am i writing?

Wednesday, May 18, 2011

Serigala beza dengan Anjing ye

while blogwalking, found this article "Najis Serigala; adakah sama seperti najis anjing'.

quote from the article;

Imam al-Jahiz dalam kitabnya al-Hayawan iaitu kitab yang ditulis oleh ulamak silam membicarakan tentang binatang-binatang, tabiatnya dan aspek-aspek lain berkaitan binatang. Menurut beliau; Serigala bukanlah anjing walaupun ada satu dua sifatnya sama. Malah beliau menyebutkan; orang yang menganggap singa, serigala, dubuk dan musang adalah anjing sama seperti orang yang menganggap kerbau adalah kambing biri-biri atau lembu adalah kambing biri-biri. (Kitab al-Hayawan, 2/348).

ok, serigala itu tak haram.

nak bela sekorr!

walaupun mereka ini adelah

typically apex predators throughout their range, with only humans and tigers posing significant threats to them

ok, tak boleh la nampaknye.

sebab mereka nak pupus dah disebabkan manusia

*nangis balik.


* ni la kesan terlampau feel tengok cerita Hachiko ngan Maeumi.

Monday, May 16, 2011

Sequestered

lately sangat malas untuk menulis entri.

idea tu sentiasa melimpah ruah,

terutama bila tengah-tengah menung dalam bas,

berguling kat rumah,

tak pun time tengah stuck tunggu makanan kat kafe.

tapi hadap je page new post kat blogger ni, semua jadi blank.


oh0o got to mine my language and spelling, i think a few of my student have found out about this blog.

the reason i'm finally writing something on this jurnal of mine is that,

i've just finish blogwalking,

and man,

i even find a guy's blog that even cuter and well managed than mine.

and i'm a girl,

and on top of that,

a teacher!

got to write about something more intelligence and usefull than all this everyday babbbling.

kyaboongg~

oh ya, the meaning for the title of this entry which is,

'Sequester' ;-

1 [often as adjectives sequestered] isolated or hide away


meaning,

that i'm supposed to sequestered right now cause of the exams,

and the fact that i haven't study a thing yet,

and still writing this thing.

ok, that's the lesson for today,

and teacher Ga-in will go and study now.

Take care,

Love,


*tak tahu kenapa entri hari ini dalam bahasa Inggeris. Miaowww!

Friday, April 29, 2011

Antara BF dengan BFF

Hyun Bin kata,

"between friendship and love, i'll definitely choose love,"

i think it's the same with me.

i think kalau relationship tu serious, and you are truly in love,

you can always depend on your boyfriend more than your bestfriend.

even if your boyfriend let you down,

you can always scold him, or get mad at him, or cry,

but with friends,

it's not a commitment that they had to fullfill.

aaa, suddenly feel that i really need to find an 'namja chingu'.


* ni after effek tgk Paradise Ranch and hopelessly fall in love dgn Changmin =)

Friday, April 22, 2011

Ratu Air Mata!

Tiga benda dalam movie/drama/novel/cerita yang memang takkan fail buat aku menangis same ada mengalir perlahan-lahan cam tahan sikit,

atau yang plain sedu-sedu sebab sedih atau terharu sangat,

iaitu bila ade :

1. kisah ibu bapa/orang tua. memang feeeel habis. mak ayah yang anak tak peduli, anak yang cari mak ayah, kisah cinta orang tua-tua yang kesunyian atau tak kesampaian. kasih mak, kasih ayah..memang konfem leleh


2. Pet (haiwan peliharaan) and terutama bila anjing and kucing and harimau/singa. kalau ikan cuma dolfin ngan paus je ade feel suam-suam kuku, yang lain tak brape sangat la.


3. Kematian watak. Tak tahu kenapa aku memang dari kecik payah nak deal dengan kematian. Rasa lost dalam movie pun leh wat hati aku rasa berlubang kosong 2,3 hari.


Senang cerita, walau muka aku nampak garang ade la macam tara-tara singa,

aku lah yang paling kuat cepat nangis.

tengok movie pun boleh nangis2,

pastu hidung jadi meerah, mata bengkak, selsema,

dan pening.


Hahaha.


Thursday, April 21, 2011

inspirasi

The individual is capable of both great compassion and great indifference. He has it within his means to nourish the former and outgrow the latter. --Norman Cousins (in Japan's Unlikely Hero

Wednesday, March 16, 2011

Takziah untuk orang-orang Nihon

malas,

takde idea,

tak dapat nak karang ayat walau ade cerita.


asal mengelamun, banyak idea,

asal mengadap laptop, hilang semua.


keje aku masih berstatus bersawang,

walau deadline hantar dah lepas pun,

dalam tempoh mintak tangguh pun sempat menangguh buat keje.


Aii, ni la orang Melayu.


Tapi alhamdulillah, tak lahir kat Jepun, masih selamat di Malaysia.


Takziah buat rakyat-rakyat Jepun atas bencana yang menimpa.

Kuasa Allah. Sekejap je boleh lumpuhkan antara salah satu kuasa ekonomi dunia.


Dan malapetaka yang menimpa mereka di Jepun memang cukup dirasai kita rakyat Malaysia,

bukan sahaja disebabkan mereka saudara se'Asia' kita,

tapi juga hasil simpati dan empati golongan-golongan otaku yang berpopulasi besar di Malaysia,

termasuk juga pencinta-pencinta J-Pop, J-Drama, Kamen Raider,

dan juga pencinta Matzushima Hiro seperti aku.


oh ya, dan juga puak-puak aku, penagih Bleach, One Piece dan Naruto.


dan aku serius berharap Takuya Kimura terselamat daripada bencana itu.


ok ok, kena hati-hati bila cakap pasal bencana jepun,

bimbang lak aku jadi kontroversi masuk tv3 nanti, maklumlah isu-isu nasionalisme Jepun ni lebih menebal dalam jiwa Malaysian, mungkin lebih dari rasa nasionalisme Malaysia sendiri.


Jangan cakap orang, aku pun lebih kurang.


Melihat bencana sekelip mata, mengingatkan aku pada mati.


ya, mati yang pasti.




Thursday, March 10, 2011

suka pada sahabat sendiri adalah perbuatan yang memakan diri dan hati.

jadi simpan, lupakan, kunci dan buang jauh-jauh.

kerana kadang kala untuk hilang sahabat itu bukanlah sesuatu yang berbaloi.

juga ia hanya membuat anda letih dari segi fizikal, minda, dan jiwa.

hentikan.

semua itu hanya propaganda movie-movie cinta.


dan aku pun taknak terpengaruh lagi.


jeng jeng jen.


haha

Sunday, February 20, 2011

Tukar

sedang berkira-kira untuk menukar stail menulis.

ada kawan aku yang menulis dengan lebih sopan. guna perkataan 'saya' dan ayat yang sopan.

personaliti dan jiwa guru yang nak ditonjolkan.

idea yang menarik gak.


Ada rakan yang tulis blog dalam english. bagus gak, wider reader range. tapi english aku dah berabuk, cam tak konfiden sangat.


hmm.


menimbang dan tara malam ni.

Monday, February 14, 2011

Valentine

Aku tidak pernah sambut valentine.

Dari zaman sebelum orang sedar haram sambut valentine,

dan ia disambut semua secara besar-besaran,

sampai la zaman sekarang yang mana ramai orang membuat entri dan status tidak menyambut valentine pada musim dan hari valentine.

Kuar jugak perkataan Valentine tu.

Isu yang dikaitkan dengan Hari Kekasih ni selalunya berkenaan simbolik hari berpesta, buat maksiat, dan juga untuk lose virginity.


Tapi sepanjang hidup aku,

konsepsi aku pada Valentine ni adelah hari dapat hadiah banyak-banyak je.

Macam hari krismas ngan hari besday.


Tapi memang betul,

haram sambut hari ini,

dan sebagai umat islam,

kita patut tahu sejarah, konsep, dan simbolisme di sebalik hari ni.


Jadi aku memang tak sambut.


Tapi,


if dapat macam ni sebijik bahagia jugak.




Sunday, February 13, 2011

Pembohongan Manis


Sweet Lie.

movie korea lama yang aku baru dapat layan lepas dapat daripada Jimah time cuti CNY ritu.


Kata Jimah movie ini tak best,

aku faham, kerana memang tidak sedap melihat cerita yang mana heroinnya meninggalkan lelaki yang hensem, baik, manner, kaya dan cool untuk watak lelaki yang pada awal serabai dahsyat, tapi hanya hensem di akhir cerita.


Ye, memang tidak sedap melihat kerana tidak realistik.


Tapi aku suka cerita ni.

Mengingatkan aku pada zaman sekolah, dan juga 'crush' waktu kanak-kanak n remaja muda.


sekarang dah jadi remaja tua.


walau aku leh relate dengan karakter prempuan tu,

tapi aku tak pernah suka/ ade 'crush' kat orang lama2,

semusim sahaja,

suka suka suka sangat sangat sangat, sampai rumate aku pun pening,

pastu lupa dah, takde feeling dah.


kejam gila.


gila kentang.


haha.=D




Thursday, February 10, 2011

Romantic Overdose

Perasaan suka/ sayang/ cinta itu hanyalah satu perasaan yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya.


Jadi bila rasa terlalu suka/ sayang kepada seseorang until your heart feel like bursting,


hanya doa,

and if it's not the one,

perasaan itu akan reda dan hilang dengan sendiri,


nikmat Allah s.w.t.



ni lah yang terjadi bila tengok cerita cinta korea.


romantic overdose.



geliii.ewww


Wednesday, February 9, 2011

Tertinggal Mulut

Sejak 2,3 minggu ni,

aku rasa makin hari makin malas nak bercakap,

malas nak bercakap dengan orang lama-lama,

malas rasa nak berborak untuk beramah-tamah.


Rasa hanya nak senyum dan jadi pendengar,

sebab rasa macam penat nak bercakap.


Sedangkan silence dengan orang yang tak berapa rapat or kenal sangat akan buat aku rasa awkward seperti masuk ke dalam bilik yang salah tengah orang meeting.


mungkin aku tertinggal mulut aku kat mana-mana.


Aku yang rajin borak pun orang cop sombong, inikan lagi aku yang malas cakap.


Takpe.


Lebih baik diam dari berkata yang sia-sia.


Jimat pahala sikit, tak yah top up dosa.

Tuesday, February 8, 2011

Sombong Poyo

akhir-akhir ini berubah selera dan pendirian,

aku malas dah nak layan kawan-kawan yang hanya mencari bila kebosanan dan kesusahan,

tapi hilang bawak diri bila senang dan kita dalam kesunyian dan kesusahan.


Kadang-kadang kurang kawan-kawan juga boleh menghindarkan kita dari perbuatan keji dan mungkarr.



Monday, February 7, 2011

test gile

testinggg..hmmm.saje nk test signature kuar ke tak.haha.

Sunday, February 6, 2011

Siapa dalam One Piece?

tengah gila balik ngadap anime One Piece.

perghh Luffy ni memang klakar, cute, best.

and bestnye if ade nakama best cam dorang2 ni.

tapi in real life,

leh kate karakter aku macam Nami,

haha,

Jimah macam Robin,

minus dark history la,

Wan tu si Franky,

Amir cam Sanji,

Che Am lak cam Usopp.

Hahahaha.

And Luffy, Zoro n Chopper memang takde sape-sape,
sebab aku suka dorang. haha


Sesuke atii aku berangan.lol

Friday, January 28, 2011

CNY

di sini aku mengambil kesempatan mengucapkan


Selamat Tahun Baru Cina !

kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina dan menyambut perayaan ini.


terima kasih kerana bagi aku cuti seminggu.

dan seminggu juga aku away dari blog,

kerana dirumah takda internet.



ya, aku masih kedekut, dan menggunakan internet awam di kolej.



sekian. Terima Kasih.

Wednesday, January 26, 2011

Lesson Hanya Dari Lipis!

seumur hidup aku memang duduk dekat KL besar jek.

then dapat belajar kat KL kechil, Kuala Lipis.

Dah setelah tiga tahun, antara lesson-lesson baru yang aku dapat, terbaikk dari Lipis adelah :

1. ade kuih manis nama akok.Haha.sumpah tak pernah jumpe sebelum ni

2. orang pantai timur panggil cekak rambut sebagai skaf. Hish, konpius aku. cekak yang keras, skaf yang kain.ni campur aduk

3. dorang panggil gula-gula sebagai cokelat. waddafish??

4. ada artis indie yang nama Rosalinda (aliran dangdut) dan Zaidi buluh perindu (maseh tidak diketahui status

5. Pasar malam sini orang panggil pekan sehari. Maraton dari petang ni sampai tengah hari esoknye.

6. Kalau kat K.L orang sibuk pergi downtown, sini acara higlight adelah Pekan Sehari

7. Takde karnival Jom Heboh, yang ade karnival Lipis

8. Ade rangkaian Pasar Raya yang bernama Aktif dan TF. Kat K.L tak pernah jumpe

8. orang sini panggil 'Sentul' dengan bunyi e dalam 'emak' bukan e dalam 'ekor'. pastu gelakkkan aku lak. pandai betul, gi tanya orang K.L sebut camne? Haha

9. Orang Pahang da loghat juga rupenye. Keh ngan aok. First time tao.

10. Tarian rasmi Pahang adelah ponco-ponco. gemar sangat buat.

11. Semua kedai tutup pada pukul 6. Hari ahad memang pekan mati, semua kedai tak bukak langsung.

12. Tempat yang ulu makanan lagi mahal dari K.L. Kes cas lebih orang2 bukan orang kg die.


Stakat ni tu yang aku ingat. Pape ti aku update lagi.



Anyway, maybe situasi ini different tok orang yang memang kampung kat Lipis.

jadi no hard feeling, and no bashing ok.




Peace ^^V

Tuesday, January 25, 2011

Habit 1

aku sangat panas baran, cepat naik darah.

maknanya bila rasa marah tu, ,meluap-luap menggelodak je rasa.

bila tak dapat luah,

aku tahan,



tahan,




tahan,




tahan,


sbb kata orang marah tu hasutan syaitan,


and orang yang marah dulu akan kalah,


jadi sebab tahan,


senyum..


gelak....


wat muka dekk je cam takde pape...



tapi sampai je bilik..



Bo000MMMm!!!


pecahsegalaempanganyangditahan!


nangis nangis nangis


teriak teriak teriak


sampai pening kepala,




pastu tido.





and bangun tido dengan rasa pening yang macam baru lepas balik party Paris Hilton.







demm. tengah pening gile sekarang.

Monday, January 24, 2011

MC

Mood : Eksited, Nerbes, Happi.

Sebab : Dapat chance jadi MC tok salah satu event institut.

Kerisauan : Kena praktis malam-malam buta, ganggu waktu tido siang, terkeluar suara itik time mc.

Dalam Perut : Kosong takde rama-rama. Rini puasa.

Harapan ; Wish me luck ! ^^