Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Sensei Journal : Cikgu Conteng Dinding





time berpeluh-peluh tengah panas buat mural,

sorang anak murid aku lalu sambil kata,

'eh cikgu, cikgu conteng dinding la!'

dah la kami semua rela terpaksa buat mural time-time bulan pose ni,

ade yang melekat kat dinding kena penampor sulong sat gi ni.


sabarr... sabarrr cikgu..

tu tak kira yang wat ring kerumun blakang kami ngan bau masam tengah hari, tanya spuluh kali 'cikgu tengah buat apa?',

dengan cikgu-cikgu yang tak kurang hebat same je klakar cam budak, kerumun, tengok dan tanya.

padahal dah la buruk mural kitorang.

life di sekolah memang fun, klakar dan adventure =) =) =)


Monday, August 8, 2011

Sensei Journal : Tanda Kepala

hari ni terhantuk kepala kat meja time nak sambung wayar LCD kat CPU balik.

dalam makmal komputer.

dengan budak ramai.

and cikgu lelaki dua tiga orang.

ok. memang MALUU.

tapi muka maintain stone wat bodoo jek.


balik bukak hijab,

toingg!

merah tengah2 dahi, betul2 bawah line rambut.

merah.

bertanda.


ok. sakit. sakit berdenyut-denyut letak minyak gamat ni.


(T-T)


Saturday, July 9, 2011

Sensei Journal : Day 5

Jumaat, mengajar PJ.

termengah2 budak-budak tu kena 4,5 round lompat tali ngn aku.

Dan lepas aku jerit kt koridor panggil budak yg baru je lepas rehat tapi dah nak pergi tandas pulak, ade budak perempuan bisik kat blakang aku, " uish, cikgu ni garang la..,'

aiyaa sayang, nak bisik pun jauh2 la dari cikgu.aiyoo

Thursday, June 30, 2011

Education's Cancer

salah satu common knowledge sebagai seorang pelajar kat Malaysia,

gred boleh dipegaruhi dengan bagaimana hubungan kita dengan pensyarah kita.

kalau baik, rajin 'kipas', bermuka cantik, atau ade connection,

maka kemungkinan mendapat gred A sangat tinggi.

Malahan aku pernah dengar cerita dari kawan-kawan,

ada lecturer yang pernah buat kuiz mengenai diri die sendiri, dan pelajar kena jawab untuk dapat markah.

Ini adalah common knowledge pelajar, yang mana tidak pernah di dokumentasi, tidak dibukukan, hampir tiada bukti,

cume pengalaman yang disampaikan daripada mulut ke mulut.

dan memang berlaku.

sebab tu la universiti kita tak termasuk dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Barah. Tumor. Cancer dalam pendidikan.

sebab tu pelajar sekarang makin kurang pengetahuan walau tinggi pencapaian.

Sebagai pendidik, kalaulah dapat menyampaikan ilmu tu dan menguji dengan niat supaya pelajar itu dapat ilmu tersebut,

bukan mereka-reka idea sejauh mana untuk menyusahkan pelajar untuk lepas ujian yang diberikan.

sebab itu pencapaian education sekarang sekadar di atas kertas.

Kita tak mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti kerana kita kurang pendidik berkualiti.

kurang, bukan tiada. kurang.

Dan kalaulah pendidik ini ambil sikit masa untuk menguasai apa yang diajar, dari membuang masa menunjukkan kuasa sebagai seorang sarjana dan guru, mesti dapat hasilkan produk pelajar yang lebih baik.

Dan ini satu peringatan untuk diri aku sendiri sebagai seorang pendidik.

Sebab dah hampir empat tahun aku belajar, dan terlampau banyak jumpa pendidik yang gagal kuasai apa yang diajar,buat aku rasa kecewa nak belajar, dan macam tak belajar kat universiti, tapi belajar kat sekolah rendah.

Macam mana nak melahirkan generasi minda kelas pertama, jika pendidik yang membentuknya menggunakan minda kelas ketiga?


Wednesday, June 29, 2011

Teaching Phase II-

it's been a zillion years since my last update!

ok. tipu.

lama tak update blog , punya la pemalas nak menulis.

semakin nak jadi guru ni,

semakin tumpul otak nak mengarang.

rule tatabahasa pun semakin lemah,

sampai aku pun rajin syak yang ayat-ayat tulisan aku salah dari segi grammar nye.

huish, ni la cikgu akhir zaman, sume benda serba kurang.

By the way, starting next week akan start praktikum fasa 2.



Dan wait,wait,wait!

jangan salah faham.

aku belum mengajar, belum posting,

belum jadi guru dengan kelayakan sebenar.

Praktikum tu macam praktikal la untuk budak-budak U,

beza korang semua sekali je praktikal,

kitorang guru-guru ni praktikal ade tiga fasa,

dan yang ini fasa kedua.


Nervous nak jumpa murid-murid SK Baru,

kali ni aku berazam nak jadi cikgu garang, senang sikit kawal kelas.

tetibe rindu kat murid-murid aku kat SK C.


waaaa, cikgu Gain rindu korang semua, anak murid cikguuu~~!!

sorry cikgu tak balas chat, mesej, etc2 yang korang hantar,sebab cikgu ni pemalas.

miyanhae~~





Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day

to all my teachers

at SKTKP,

and at SMKBM,

and to all my friends,

and myself,

a future educator.

Happy Teacher's Day.

Take care,

Love,

Sequestered

lately sangat malas untuk menulis entri.

idea tu sentiasa melimpah ruah,

terutama bila tengah-tengah menung dalam bas,

berguling kat rumah,

tak pun time tengah stuck tunggu makanan kat kafe.

tapi hadap je page new post kat blogger ni, semua jadi blank.


oh0o got to mine my language and spelling, i think a few of my student have found out about this blog.

the reason i'm finally writing something on this jurnal of mine is that,

i've just finish blogwalking,

and man,

i even find a guy's blog that even cuter and well managed than mine.

and i'm a girl,

and on top of that,

a teacher!

got to write about something more intelligence and usefull than all this everyday babbbling.

kyaboongg~

oh ya, the meaning for the title of this entry which is,

'Sequester' ;-

1 [often as adjectives sequestered] isolated or hide away


meaning,

that i'm supposed to sequestered right now cause of the exams,

and the fact that i haven't study a thing yet,

and still writing this thing.

ok, that's the lesson for today,

and teacher Ga-in will go and study now.

Take care,

Love,


*tak tahu kenapa entri hari ini dalam bahasa Inggeris. Miaowww!

Sunday, April 17, 2011

Memasak!






15/4/2011

Untuk anak-anak murid,

kadang-kadang semua benda jadi boleh.


Sediakan semua bahan,

Masak mihun dalam kuali punya besar macam kawah, gorang kentang,goreng nugget,

semua dalam masa 1 jam setengah,

yang mana balik skolah pukul 1.30 je tros tukar uniform,

masak-masak macam nak gila (padahal dah 5 tahun kot tak masak)

and finally siap semua on pukul 3.

alhamdulillah, mihun tu pass untuk dimakan,

dan mengikut murid-murid aku, sedap. =D

Jamuan terakhir bersama murid-murid aku di SK Chat.

Terima Kasih pada semua yang hadir.

teacher luv you all~


Qaid, budak tahun 4 yg kool gle volunteer ketuai bacaan doa

sampai tertidur Afiq tunggu nak makan

Girls Tahun 4


Boys Tahun 5



Wednesday, April 6, 2011

Merajuk

disebabkan aku yang kuat bergurau dengan budak-budak itu,

mereka sudah melampau.

semua mahu perhatian,

semua mahu cakap,

sampai sakit tekak aku.


Hari ni aku 'terrr'buat keje bodo yang cikgu selalu buat.



Rasa 'terrr'merajuk ngan anak murid aku.


dan dalam kelas tadi bila dorang perasan aku dah merajuk,


sume jerit ramai-ramai,


'aaaayoookkk, sape buat cikgu merajuk!!',


sambil menyalahkan satu sama lain

Sifir

datang Puan Wa,


"ayu, akak nak mintak tolong ayu relief kelas guru besar boleh?

sekarang ni masa die.

Bagi je lembaran kerja ni'.


"oo boleh je. =D'.


"Guru besar mintak ayu pastikan semua murid siapkan ye kerja ni dalam masa kelas, jangan bagi dorang bawak balik siapkan, nanti dorang pakai kalkulator la, buku sifir la,'

'ok boleh boleh =D,"


"ok ye, terima kasih,'


"sama-sama " =D


aku pun tengok lembaran kerja. Sifir.

peluh-peluh rasa.

dalam hati.

(-_-")

sudah.


*dalam kelas...


'cikgu nak kamu semua senyap, mesti siapkan kerja yang guru besar bagi ni dalam tempoh masa satu jam. Cikgu taknak kamu bising dan merayap-rayap. duduk tempat masing-masing',


*peluh-peluh

'cikgu edarkan lembaran kerja sifir ni, cikgu nak kamu semua usaha buat, siapkan semua! dan cuba usaha, jangan asyik nak tanya cikgu, nanti bila kamu nak pandai?,'


dalam ati (yes,dah ade strategi)


'cikgu, 8x8 brape?',


'cuba kamu fikir..kiraa..asyyik tanya cikgu cikgu nanti sampai bila kamu boleh nak ingat?',


satu jam.

selamat dari terkantoi.

=D

Monday, April 4, 2011

Semua Untuk Murid

bila dah jadi cikgu ni,

keluar ke mana pun,

shopping kat mana pun,

bila tengok something,

teringat kat budak-budak tu,

'rasanya dorang suka ni if buat hadiah untuk hantar keje',


and tiap-tiap kali pun beli macam-macam sampai habis duit.

Nak bagi sorang, kesian yang lain,

nak bagi semua, pokai la.


Baru jadi cikgu dekat dua minggu.

Aiiingg~~