Tuesday, October 30, 2012

The Glass Half Full


Hari tu waktu aku tengah ikut satu kursus yang berkaitan dengan penjawat awam,
ada satu slot mengenai Emotional Competency, Kompetensi Kecerdasan Emosi.

Perkara yang aku nak kongsi, iaitu sewaktu slot tu, penceramah die mention tentang 'seeing the glass half full'. Penceramah tu tunjuk gambar gelas berisi air, dan tanya peserta semua,
' Kamu lihat gelas ini sebagai separuh penuh, atau separuh kosong?'
Dengan konfiden ramai yang jawab ' Penuh! Penuh!! Penuh!!' dengan rasa bangga yang meluap jugak la.
Then penceramah komen memang bagus, maknanya ni guru-guru yang positif, sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang positif.

Then dalam slot tu jugak, penceramah timbulkan isu terbaru mengenai pendidikan, iaitu mengenai benarkan murid bawa telefon bimbit ke sekolah.
Sekarangkan isu ni memang tengah hangat diperdebatkan.
Penceramah tanya pendapat semua peserta. Angkat tangan siapa yang setuju peraturan tu dilaksana di sekolah.
Dua orang je angkat tangan. Salah seorang tu aku.
Waktu ni pulak aku sempat flashback memori seorang lecturer aku yang pernah beri pendapat waktu kelas aku bincang isu ni dalam sesi p&p die.
Pendapat lecturer tu kalau di ringkaskan,
teknologi makin berkembang, banyak kebaikan sebab boleh e-learning dalam kelas,
dan nak tak nak memang murid banyak bawak handphone ke sekolah for safety purpose.
And aku yang memang bertuah ni pulak,
Kena pulak pilih dengan penceramah suruh bagi justifikasi kenapa setuju.
Ces! Aku yang froze and beku otak tetiba+timid nak bagi pendapat,
somehow cakap yang ade kebaikan dasar tu, n murid memang dah bawak fon gi sekolah senyap2,
at least kalau dibenarkan guru boleh pantau.
and tu pendapat aku je

Dan, orang-orang yang konfiden cakap nampak the glass half full tadi, sambil kembang-kembang hidung,
mati-mati gak bangkang n kondem kata tak setuju gile dengan peraturan tu sebelum aku sempat habis cakap lagi.
Haii... talking about seeing the positive side..
baru je mengaku tadi...
Apa ni dey cakap tak serupa bikin.

p/s : anyway, berkaitan peraturan handphone tu, aku sedar banyak baik dan juga banyak lagi buruk. So apa pun stand sesiapa mengenai isu tu, aku faham dan terima. Let agree to disagree and act like masyarakat minda kelas pertama ye =)

No comments:

Post a Comment