Thursday, June 30, 2011

Education's Cancer

salah satu common knowledge sebagai seorang pelajar kat Malaysia,

gred boleh dipegaruhi dengan bagaimana hubungan kita dengan pensyarah kita.

kalau baik, rajin 'kipas', bermuka cantik, atau ade connection,

maka kemungkinan mendapat gred A sangat tinggi.

Malahan aku pernah dengar cerita dari kawan-kawan,

ada lecturer yang pernah buat kuiz mengenai diri die sendiri, dan pelajar kena jawab untuk dapat markah.

Ini adalah common knowledge pelajar, yang mana tidak pernah di dokumentasi, tidak dibukukan, hampir tiada bukti,

cume pengalaman yang disampaikan daripada mulut ke mulut.

dan memang berlaku.

sebab tu la universiti kita tak termasuk dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Barah. Tumor. Cancer dalam pendidikan.

sebab tu pelajar sekarang makin kurang pengetahuan walau tinggi pencapaian.

Sebagai pendidik, kalaulah dapat menyampaikan ilmu tu dan menguji dengan niat supaya pelajar itu dapat ilmu tersebut,

bukan mereka-reka idea sejauh mana untuk menyusahkan pelajar untuk lepas ujian yang diberikan.

sebab itu pencapaian education sekarang sekadar di atas kertas.

Kita tak mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti kerana kita kurang pendidik berkualiti.

kurang, bukan tiada. kurang.

Dan kalaulah pendidik ini ambil sikit masa untuk menguasai apa yang diajar, dari membuang masa menunjukkan kuasa sebagai seorang sarjana dan guru, mesti dapat hasilkan produk pelajar yang lebih baik.

Dan ini satu peringatan untuk diri aku sendiri sebagai seorang pendidik.

Sebab dah hampir empat tahun aku belajar, dan terlampau banyak jumpa pendidik yang gagal kuasai apa yang diajar,buat aku rasa kecewa nak belajar, dan macam tak belajar kat universiti, tapi belajar kat sekolah rendah.

Macam mana nak melahirkan generasi minda kelas pertama, jika pendidik yang membentuknya menggunakan minda kelas ketiga?


2 comments:

  1. wahh. semoga ko jd cikgu yg menjadi penggerak idealisme ko. biar kecil asalkan ada. :)

    ReplyDelete