Thursday, January 19, 2012

Habit Belajar : Korang Yang Mana Satu?

secara umumnya, habit belajar manusia ada 4 jenis;

1. Pembina (Construction Worker)

Dorang ni adalah orang yang belajar secara sistematik, mcm orang construction la, susun satu demi satu bata atas tapak. Student macam ni cenderung buat eksperimen, latihan topikal, menggunakan logik dan rasional, lebih praktikal, pentingkan fakta-fakta lengkap n sentiasa seronok time belajar.


2. Pengadun ( Mixer ;Haha!)

Type ni lawan type constructor atas, berlawanan sifat. Dorang ni suka lihat secara keseluruhan dengan buat gambaran dulu. Kira macam time kite masak or baked cake, walaupun tengok resipi, tapi dalam kepala memang dah boleh bayang-bayang dah hasil masakan tu kan. Mereka type ni bersifat intuitif and holistik. And student type ni suka depend kepada arahan dan apa yang disarankan buku.


3. Pengumpul ( Collector)

Mereka ini orang yang suka kumpul segala mala fakta, rajah, maklumat dalam keadaan terpisah-pisah, and takda hubungkait antara satu sama lain. Type yang belajar semata-mata untuk belajar. Dorang ni gemar ambil tahu tentang semua perkara tanpa ada matlamat yang jelas.


4. Pemahat dan Penukul ( Urm, rasa macam ramai je)

Nama pun dah jelas-jelas kan, hanya belajar bila orang lain suruh. banyak bergantung kepada arahan orang lain. Tapi tak bermakna dorang ni tak bijak. Just dorang ni lebih selesa kalau ada orang bagi arahan atau bagi tahu nak buat apa.


So, anda yang mana?


Dipetik n olah dari sumber 'Kemahiran Berfikir dan Belajar' oleh Mohd Nasuha Jamidin, 1995



No comments:

Post a Comment