Wednesday, March 16, 2011

Takziah untuk orang-orang Nihon

malas,

takde idea,

tak dapat nak karang ayat walau ade cerita.


asal mengelamun, banyak idea,

asal mengadap laptop, hilang semua.


keje aku masih berstatus bersawang,

walau deadline hantar dah lepas pun,

dalam tempoh mintak tangguh pun sempat menangguh buat keje.


Aii, ni la orang Melayu.


Tapi alhamdulillah, tak lahir kat Jepun, masih selamat di Malaysia.


Takziah buat rakyat-rakyat Jepun atas bencana yang menimpa.

Kuasa Allah. Sekejap je boleh lumpuhkan antara salah satu kuasa ekonomi dunia.


Dan malapetaka yang menimpa mereka di Jepun memang cukup dirasai kita rakyat Malaysia,

bukan sahaja disebabkan mereka saudara se'Asia' kita,

tapi juga hasil simpati dan empati golongan-golongan otaku yang berpopulasi besar di Malaysia,

termasuk juga pencinta-pencinta J-Pop, J-Drama, Kamen Raider,

dan juga pencinta Matzushima Hiro seperti aku.


oh ya, dan juga puak-puak aku, penagih Bleach, One Piece dan Naruto.


dan aku serius berharap Takuya Kimura terselamat daripada bencana itu.


ok ok, kena hati-hati bila cakap pasal bencana jepun,

bimbang lak aku jadi kontroversi masuk tv3 nanti, maklumlah isu-isu nasionalisme Jepun ni lebih menebal dalam jiwa Malaysian, mungkin lebih dari rasa nasionalisme Malaysia sendiri.


Jangan cakap orang, aku pun lebih kurang.


Melihat bencana sekelip mata, mengingatkan aku pada mati.


ya, mati yang pasti.




No comments:

Post a Comment