Tuesday, January 25, 2011

Rosalinda Ayyammour

Pernah aku tanya pada brader Pipiyapong, salah satu blogger indigene Lipis yang terpopular di alam maya, sape itu Rosalinda, artis yang dijanjikan akan memeriahkan Karnival Lipis (Lepeh kate orang sini).

Tapi mungkin sebab brader pipi tu femesnye tak hengat, berjuta follower, jadi terlepas pandang mungkin soalan aku itu.

Ye lah, siapalah kita...

Oh dan ye, lagi artis yang dijanjikan untuk hadir pada Karnival itu adalah Zaidi Buluh Perindu.

Walau aku tak dapat tahu sampai sekarang siapa itu Zaidi Buluh Perindu,

tapi aku sempat tengok Rosalinda perform.

ye lah, lepas melepas geram nak santap chicken chop sepinggan kat Pahang Club tu,

aku heret Annabellastacia ngan Rani Mukhrijee gi pusing sebarang dua round kat Karnival yang nampak cam meriah tu.

o00. rupenya Rosalinda adalah :
1. artis dangdut kelantan
2. manja dan halus suara gitu-gitu
3.rajin memanggil semua audiens yang hadir dengan gelaran 'abaangg'
4. mempunyai single yang bertajuk 'Bulu Dada'

Kate Awek Frenkenstein di FB selepas tu, ade khabar angin kata Rosalinda itu pondan.
Tapi stakat aku tengok, macam tulen betol jek.


Kate Ji IT, Rosalinda ni popular kat Kelantan, ayah dia memang minat. CDnya dijual di pasar-pasar malam.

Kesimpulan aku,

Rosalinda Dangdut dan Zaidi Buluh Perindu ini adalah golongan artis-artis indie kat Pantai Timur yang mungkin akan cabar populariti Yuna ngan Bunkface suatu hari nanti.

Dan mungkin Rosalinda menang AJL, macam Anna Rafali ye tak?



Bulu Dada.


Nak pecah Lipis dengan aku gelak time tu.

4 comments: