Saturday, March 9, 2013

Husband Kaya

Balik keje, aktiviti biase dengan mama terchenta, borak-borak sebelum tido.

'Nanti ko dah keje elok lagi Ayu, kite pakai orang gaji la.. Biar datang 2,3 kali seminggu, cuci umah. Mama tak larat nak buat sume.'

' Nanti ko dah kawen Ayu, kena buat satu bilik khas untuk Mama. Biar ada satu pintu ke luar, supaya senang kucing mama nak keluar masuk. Letak tv dengan astro khas untuk Mama. Senang Mama buat hal sendiri tak payah kacau korang. Pastu bilik mama mesti ada bilik air, senang tak payah jauh malam-malam nak keluar pegi toilet.'

'Ma, kalau ayu banyak duit, bukan stakat tv n bilik air, peti ais pun ayu letak satu dalam bilik mama. Senang bila bangun malam-malam lapar nak makan or minum. Tapi mama kena doa ayu dapat suami kaya dan baik laa.. Nanti kalau Ayu yang keje besar, duit banyak, mesti sibuk. Banyak keje takda masa nak beri perhatian ngan mama. Kalau duit suami, takpe la'

'Ti ko dah ade laki besok ayu, pandang aku pun tak dah'

Pulak dah.

'Hehehahahahaha' Mak aku gelak sambil guling-guling

Give and Take. Kos Melepas.
Kesimpulannya, susah nak puaskan ati semua pihak. Lol



No comments:

Post a Comment