Wednesday, December 14, 2011

Crazy Parents : Ibu bapa Yang Destroy Their Children

Beli 5 pasang baju sekolah,

3 pasang kasut,

Beg sekolah harga Rm100++ semata-mata ada gambar angry bird tanpa kira kualiti,

Mengikut kehendak anak yang tak tahu nak fikir lagi membeli barangan.

Hanya sebab sebagai ibu bapa,

kita terlalu malas nak basuh baju setiap hari,

malas nak suruh anak basuh kasut kapur kasut,

malas nak luangkan masa ajar dan terangkan kepada anak-anak kita,

nilai cermat apabila guna sesuatu barangan,

tak kira pakaian atau kasut,

nilai rajin dan dedikasi dalam jaga pakaian dan barangan yang dipakai setiap hari,

nilai syukur kerana dapat guna barangan berbanding orang susah,

nilai bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri,

nilai berusaha untuk berikan sesuatu yang terbaik dahulu,sebelum dapat apa yang dikehendaki,

dan,

nilai menjadi manusia.

Sebab tu jangan salahkan masyarakat, guru, dan sistem pendidikan sekiranya anak-anak anda menjadi orang yang bongkak, demanding, tidak tahu bersyukur dan hanya tahu memberontak dan komplain.

Dan jangan salahkan anak anda jika mereka membuang anda semudah anda membiarkan mereka membuang barangan mereka.



No comments:

Post a Comment