Friday, November 11, 2011

Mari Kahwin!!

n




Filem ni memang favourite aku. Boleh kata satu-satunya filem indon yang aku suka sekarang, mengalahkan zaman gila cerita Cinta yang ada watak Rangga zaman sekolah rendah dulu.

Kenapa?

Satu sebab lawak. Memang lawak yang boleh buat aku gelak kuat sampai mak aku geleng-geleng kepala.

Dan watak Mae yang memang real. Bukan cantik 24 jam. Perempuan real memang bila kat rumah selekeh je, dan perempuan zaman sekarang memang agak kasar, macam Mae.

Dan most favouritething pasal filem ni for aku, watak 3 orang kawan baik Mae. Memang setia, kelakar, and terbaik. Mengingatkan aku pada tiga orang kawan baik lelaki aku yang juga penat dibuli aku dari zaman sekolah sampai sekarang. Amir, wan, ngan Che am. huahaha.

Ya, aku suka cerita ni sebab aku boleh relate dengan Mae. Aku pun muka biasa-biasa, body biasa-biasa, kasar, loud macam Mae, dan harap dapat husband hensem macam Randy.

Hahaha.talking about fantasy!

Aku dah tengok Get Married, Get Married 2, tapi Get Married3 belum lagi.

Aku tahu cerita ni dah lama, baru aku nak review kat blog. Tapi ada yang belum tengok lagi kan?

Kena tengok.

Pergi pergi sila download sekarang!






No comments:

Post a Comment