Wednesday, October 26, 2011

AWFOOL la YOU Mc'D's guy!


Hari ni Hari Deepavali.

Selamat Hari Deepavali semua. =) (*smile dulu)

Disebabkan hari deepavali, jadi makcik aku pun cuti dari jadi nanny hari ini. Maknanya ada la peluang kami merayap2 dan release tension dari menghadap dinding rumah hari-hari.

Kami tu merujuk kepada geng mama, aku, dan makcik. Suri rumah +student pokai+ home nanny.

Nak turun K.L, wait, tak boleh sebab ramai pelancong tanpa izin yang membanjiri.

Maklumlah. cuti. Jadi ke pekan yang terdekat dengan kawasan perumahan kami. Alah lepas gian jalan masuk Mydin beli barang n makan pun jadi la. sekarang masa kegawatan ekonomi. tak boleh berbelanja kayakan orang yahudi sangat.

Keluar mydin,hujan.

Aku, mama and makcik terpaksa jalan kaki nak cari tempat nak makan.

option yang ada cuma McD.

McD penuh time-time hujan ni. Dipenuhi dengan orang-orang yang tak reti apa makna restoran fastfood, iaitu fast-eat-your-food-and-leave.

Mak aku dengan tongkat. aku yang seksa tengok die berdiri lama-lama. tempat duduk takde.

tiba-tiba mak aku approach ada sorang lelaki. Muda, dalam umur awal 20-an.

duduk sorang-sorang kat meja, mengadap laptop, ada tiga tempat kosong. Mama aku tanya la,

'dik, kosong kan? boleh makcik tumpang duduk?'

mak aku yang bertongkat berdiri pun macam nak bongkok dah tahan sakit kaki.

and lelaki tu leh senyum tak kasi tumpang. TAK KASI! memang takda SIVIK!

time restoran tengah penuh, ko conquer meja sorang2 yg untuk 4 orang, dan x kasi orang lain join skali.

aku syak orang ni memang satu, datang dari hulum sbb kalau kat KL mmg biasa je sharing meja time penuh,

and dua, memang bukan lelaki tapi spesis tak berjantina atau dua alam, atau kurang didik, atau kurang hormon lelaki,

dan tiga, MEMANG TAKDA SIVIK,BELAS KASIHAN mahupun TAK HORMAT ORANG TUA.

dan aku end up makan dengan dengar makcik and mama aku yang terkagum komplain betapa teruknya lelaki muda tapi gila-bukan-manusia itu.

Ok, ni memang entri berbaur kutuk and nak lepaskan geram je.

Bad example for my student. Maaf le sayang2 ye, cikgu pun manusia.

Lepas ni need to always remind myself always pastikan ajar sivik dengan bentul-betul pada anak murid aku, supaya jangan ada lagi orang macam tu.

URGH!



No comments:

Post a Comment