Friday, April 22, 2011

Hijab dan Perubahan

Pemakaian hijab adalah satu point yang sangat besar dalam hidup seorang perempuan.

Terutama pada wanita yang pada asalnya free hair,

kebanyakannya bukan mak ayah tak tegur, tapi mungkin lebih mengamalkan dasar tiada paksaan.

Dan keputusan untuk terus memakai hijab sepenuh masa atas dasar kesedaran dan kerelaan sendiri,

nikmat kesyukuran pada hidayah yang Allah s.w.t sampaikan ke dalam hati kita,

peerrrgghh memang sangat sweet dan melapangkan.


Dan hari ini aku dapat berita yang adik sedara aku ambil keputusan memakai hijab sepenuh masa,

dan bermula hari ini sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.

Rasa syukur pada nikmat hidayah Allah s.w.t tu sehingga sampai terase sangat dalam hati aku.


Syukur padamu Ya Allah..

Aku pun pada asalnya free hair, sehingga ke tingkatan 5 masih lagi hijab itu dipakai di sekolah dan bila perlu sahaja.

Tapi takdir Allah s.w.t yang jadikan aku seorang guru,

terbuka hati nak memakai hijab,

kerana pada aku, aku adalah seorang guru yang PERLU bentuk diri supaya boleh dilihat sebagai contoh.

Dan menjadi GURU itu memerlukan aku berubah, walau sekarang pada kadar yang sedikit dan perlahan.

Dan hari ini aku bersyukur yang amat kerana berhijab pada zaman di mana wanita dan maruah amat payah nak ditentukan masih ada atau tidak.


Ade geng shopping shawl n tudung pasni =)



2 comments: