Saturday, October 16, 2010

Aku dan Karangan

Nama entri takde kena mengena sangat dengan apa yang aku nak tulis.

Cuma sebab aku tengah blank nak letak tajuk, dan perkataan tu je yang kuar dari kepala otak aku.


sejak daripada sekolah rendah lagi, lepas aku mula-mula belajar menulis karangan autobiografi seperti 'aku sebuah kereta', atau 'aku sebatang pen', habit buruk aku yang memang sejak dari azali is aku payah nak check balik karangan aku.

Boleh kira dengan jari berapa kali aku baca balik dan check benda yang aku dah tulis. Dalam SPM pun aku tak buat rasenye. tu la extremenya habit buruk aku ni.

Naseb baik memang daripada aku sekolah rendah aku jarang tersasar time tengah-tengah menulis. Macam kalau kita ingat dulu-dulu, mesti ade member yang mula-mula karangan dia tulis pasal kereta, tengah-tengah jadik cerita lembu.

time tu bila aku baca karangan macam tu, dalam hati aku yang berhingus umur 8 tahun tu rasa simpati kat member aku. Bila fikir balik time-time sekarang ni, rasa kelakar pun ade.

Kenape aku rasa cam berbaur bongkak? aku takde niat, aku pun teruk gak menulis.

Cikgu BM time form 4 aku tak pernah bagi aku A karangan. kata cikgu, aku tak reti olah idea.

Memang betol pun.

Jadi apa point aku tulis panjang-panjang pasal topik karangan ni?

Maknanya kalau kamu terbaca entri yang mana mula-mula aku cerita pasal kereta, tengah-tengah jadik cerita lembu,
sila jangan salahkan aku.

habit azali aku tidak pernah baca balik apa yang aku dah tulis.

and apparently skill menulis aku sekarang ini dah jatuh ke tahap member 8 tahun aku itu.

=D


No comments:

Post a Comment